
Anda ada keinginan untuk buat duit tapi tak tau macam mana?
Anda buntu kerana takde idea, tak ramai contact, supplier atau sebagainya?
Dapatkan idea, teknik, strategi dan senarai supplier di sini.
Idea-idea ini juga sesuai digunakan walaupun selepas raya.
Malah ia juga amat sesuai untuk apa juga jenis perniagaan sepanjang tahun.
DAPATKANNYA DI SINI
Related Blogs
Share on Facebook

Squeeze Page merupakan satu cara yang terbukti sangat berkesan untuk mengenalpasti pelanggan yang tepat dalam membuat keuntungan. Bagaimanapun kita harus mengambil kira beberapa perkara berikut bagi memastikan ianya lebih berkesan:
- Tawaran nilai sebenar – Tujuan utama squeeze page adalah untuk memperolehi maklumat tentang prospek. Tapi anda perlu berikan sesuatu produk sebagai pertukaran bagi maklumat tersebut. Dengan itu pengunjung akan merasa berbaloi jika mendaftar di squeeze page tersebut. Produk percuma yang hendak diberi itu boleh juga berbentuk artikel-artikel yang padat dengan maklumat berguna yang bersesuaian dengan pencarian dan kehendak prospek.
- Buat tawaran ‘back-end’ – Bila prospek dah berikan maklumat tentang diri mereka dan alamat email, anda perlu ‘bawa’ mereka ke satu ke laman lain. Biasanya mereka akan dibawa ke laman ‘terima kasih’. Tapi, untuk menjadikannya lebih efektif, anda perlu tawarkan sesuatu yang betul-betul bernilai sebagai pertukaran tersebut.
- Guna laman ‘terima kasih’ – Laman ini juga sangat berkesan digunakan untuk menjual atau mengiklankan produk.
Related Blogs
Share on Facebook

Kita semua dah sedia maklum bahawa penggunaan email merupakan salah satu kaedah komunikasi yang penting pada masa ini. Tapi ia adalah lebih penting bagi internet marketers untuk memasarkan produk kepada prospek yang ada di dalam mailing list mereka.
Internet Marketers biasanya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan kempen e-marketing melalui list mereka kerana mereka sedar bahawa “list = duit”. Lebih besar kandungan list tersebut, lebih besar jugalah peluang untuk mereka buat duit. Untuk bina mailing list, hanya buat satu squeeze page yang mengandungi opt-in box untuk mendapatkan nama dan email prospek yang berminat sebagai pertukaran dengan produk yang anda ditawarkan.
Read the rest of this entry »
Share on Facebook

Proses untuk membina sesuatu list yang responsif memerlukan banyak kesabaran kerana ia akan mengambil masa yang agak panjang serta memerlukan usaha yang keras dan berterusan. Walaupun melalui proses yang agak perlahan tetapi ia menjanjikan pulangan yang besar bagi tempoh jangka panjang.
Sebelum mula membina list, anda perlu selesaikan beberapa langkah asas berikut terlebih dahulu:
1. Beli dan Daftar Nama Domain.
Ia merupakan langkah pertama yang anda perlu buat. Untuk memasuki pasaran antarabangsa, anda disyorkan membeli nama domain yang berakhir dengan ‘.com’ kerana ia lebih diiktiraf dan menjadi ‘sasaran’ di peringkat global.
Anda boleh semak dan dapatkan nama domain daripada mana-mana penyedia hosting dan domain seperti ServerFreak, DataKL, EmbunWeb dan Exabytes.
Read the rest of this entry »
Share on Facebook
Biarkan Duit Bekerja Untuk Anda,
Bukan Anda Kerja Untuk Duit.
Ketahui Bukan 3 Tetapi 7 Langkah Paling Mudah
Buat Duit Di Internet.

Kini anda mampu menghasilkan RM Pertama anda melalui Internet dengan 7 alternatif yang telah terbukti membantu orang ramai buat duit pertama mereka melalui internet.
Ebook ini merangkumkan 7 cara mudah untuk buat duit di internet. Bukan 1 atau 3 tetapi 7 langkah. Ya, memang betul! Saya akan kongsikan idea-ideanya dengan anda semua.
Related Blogs
Share on Facebook

Media sosial kini menjadi semakin penting di dalam mempengaruhi orang ramai untuk membuat sesuatu pembelian. Satu kajian terbaru oleh The Nielsen Company telah membuktikan bahawa media sosial semakin banyak mempengaruhi keputusan untuk membeli.
Menurutnya, hampir tiga daripada setiap empat orang di seluruh dunia yang menggunakan Internet mengunjungi laman rangkaian sosial dan menghabiskan purata masa enam jam sebulan melayarinya. Hasil kaji selidik itu juga mendapati, kajian produk secara online adalah sumber maklumat yang ketiga paling dipercayai pengguna untuk membuat keputusan sama ada untuk membeli sesuatu produk atau tidak.
Jadi mahu atau tidak, semua IM perlu ambil peluang ini untuk terus kekal bersaing.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Twitter_blogjanabisnes/Article
Related Blogs
Share on Facebook

Sejak kebelakangan ini kita dapati ramai orang sudah mula menjalankan perniagaan internet. Sudah tentu masing-masing ada sebab tersendiri kan? Tapi yang jelasnya, ada 3 sebab utama kenapa perniagaan internet menjadi pilihan sama ada sebagai sumber pendapatan utama ataupun sampingan.
1. Kebebasan
Bekerja melalui internet (secara online) ni memang menjanjikan kebebasan. Anda boleh bekerja tak kira dari mana saja. Sama ada di rumah, pejabat atau di mana saja di dunia ini. Yang penting ada capaian internet. Dengan ini anda bukan saja bebas ‘buat duit’ tapi juga boleh hidup bebas ke mana saja.
Read the rest of this entry »
Share on Facebook

Seperti yang kita sedia maklum, banyak perniagaan telah menggunakan Facebook sebagai salah satu kaedah pemasaran bagi meningkatkan jualan mereka. Ini kerana mereka sedar bahawa pelanggan atau prospek lebih suka membeli sesuatu produk dari orang yang mereka suka. Sebab itulah Facebook telah menjadi pilihan kerana konsepnya yang boleh mewujudkan suatu rangkaian sosial yang amat besar dan membolehkan mereka menambah kenalan dari seluruh dunia. Secara tidak langsung saiz pasaran produk mereka akan menjadi begitu luas dengan prospek yang amat ramai.
Sebenarnya ada bermacam-macam cara yang boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan dengan menggunakan Facebook. Di antaranya ialah:
1. Tunjukkan Bahawa Anda Adalah Manusia
Gunakan Facebook sebagai ruang kepada “kawan-kawan” anda untuk mengenali anda sebagai manusia seperti mereka; seseorang yang boleh mereka berkongsi pelbagai perkara; seseorang yang boleh mereka sukai dan sebagainya. Bila mereka sudah biasa dan berasa selesa dengan anda, mereka akan sedia untuk berurusniaga dengan anda kerana mereka telah kenal dan percaya kepada anda.
Gunakan kebijaksanaan anda untuk menonjolkan personaliti di dalam membina kredibiliti anda. Kongsilah sedikit sebanyak perkara berkaitan keluarga, hobi dan minat anda. Sertailah mana-mana ‘group’ yang sesuai dengan minat anda. Bertindaklah sebagai seorang ‘kawan’: berikan apa-apa tips dan ‘links’ yang berkaitan dengan minat mereka dan tulislah beberapa testimonial di ‘wall’ mereka.
Read the rest of this entry »
Share on Facebook

Untuk memastikan kejayaan di dalam membina ‘list’, perlu ada 7 elemen (unsur) berikut:
1. Pilih niche (bidang) anda: Carilah apa saja niche yang boleh menarik minat, yang buat anda teruja atau yang sentiasa boleh membuatkan anda bersemangat untuk melakukannya. Apa saja niche kerana setiap niche itu ada peminatnya yang tersendiri.
2. Kajian pasaran: Anda perlu tahu, adakah minat anda itu boleh menghasilkan wang? Berapa ramai orang yang mencari maklumat tentang niche anda itu? Cuba anda buka ‘Google Search Engine’ dan taipkan niche anda. Daripada hasil carian tersebut, pilih 10 nama domain yang paling atas dan buat kajian lebih lanjut di www.quantcast.com dan anda boleh lihat keadaan demografi sesuatu niche itu. Anda akan dapat lihat secara purata umur, jantina dan sebagainya yang berkaitan dengan niche tersebut.
Read the rest of this entry »
Share on Facebook

Semua pemasar internet mempunyai pelbagai peralatan (tools) asas bagi menjalankan perniagaan mereka. Tidak kira sama ada anda orang baru (newbie) atau otai, asalkan perniagaan anda itu memerlukan website, anda mesti perlukan beberapa peralatan penting seperti:
Domain
Domain adalah nama perniagaan anda di internet. Tak kiralah sama ada ia berakhir dengan .com, .com.my, .net, .edu dan sebagainya. Jadi nama domain ini maksudnya nama sesuatu laman web. Sebaik-baiknya pilihlah nama domain yang ringkas dan senang diingat. Contohnya ialah www.facebook.com, http://twitter.com, http://niagaebook.com dan sebagainya.
Nama domain didaftarkan bersama dengan akaun web hosting anda. Syarikat web hosting ini lah yang akan memastikan sama ada nama domain anda itu ‘available’ (tidak dimiliki oleh orang lain) atau tidak.
Read the rest of this entry »
Share on Facebook
Hari ni merupakan cuti umum sempena Hari Keputeraan DYMM YDP Agong. Kalau di Terengganu ni, esok akan cuti lagi sebagai gantian cuti hari ni. So 3 hari saya free.
Legaaa.. boleh concentrate lebih sikit untuk update blog, minisite (niagaebook.com/ISPM), facebook (www.facebook.com/ZakiBG) dan lain-lain. Kalau tak, selalu kelam kabut nak kejar masa, macam-macam nak buat.
Sekarang pulak dah start cuti sekolah. Banyak jugak lah agenda-agenda sampingan. Bz, bz, bz.. Tapi walau macam mana pun, tetap tak boleh tinggal laptop ni. Segala-galanya mesti update.
Related Blogs
Related Blogs
Share on Facebook
Sebenarnya ada beberapa kaedah untuk buat duit secara online walaupun anda tiada pengetahuan asas mengenai internet dan juga peluang untuk hadir secara online.
1. Pemasaran Internet: Satu kaedah yang selalu digunakan oleh kebanyakan orang untuk mendapatkan duit secara online. Anda hanya perlu pilih sesuatu produk dan cuba menjualnya kepada seberapa ramai orang yang boleh. Melalui kaedah ini, anda perlu ada website sendiri yang berfungsi sebagai sebuah kedai di mana anda boleh pamerkan produk-produk anda dan menjualnya kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya.
2. Pemasaran Affiliate: Kaedah ini hampir sama dengan kaedah Pemasaran Internet tadi tapi bezanya adalah produk yang hendak dijual ini bukan milik anda, tapi milik orang lain. Anda hanya jadi pemasar, tukang jual sahaja dan akan dapat komisen bila berjaya membuat sesuatu jualan. Jumlah komisen yang ditawarkan, bergantung kepada tuan punya produk. Read the rest of this entry »
Share on Facebook
Twitter merupakan salah satu website terbaik yang boleh digunakan bagi tujuan pemasaran perniagaan kita. Dengan Twitter, kita boleh hantar pesanan ringkas, 140 huruf kepada semua pengikut (follower) kita. Kalau kita ada ramai follower, kaedah pemasaran macam ni memang sangat berguna dan sangat berkesan. Dengan sekali twit je, semua follower kita akan dapat mesej tersebut.
Ada banyak cara untuk kita wujudkan follower yang berkualiti. Salah satu caranya adalah dengan memastikan Twitter ID kita adalah ‘public’ dan senang dijumpai. Kalau kita guna ID yang susah difahami, macam nama yang pelik atau susah nak ingat, maka jawabnya susah lah orang nak jumpa atau nak ingat siapa kita. Sebaik-baiknya pilihlah ID yang berkaitan dengan jenis perniagaan kita ataupun guna nama kita sendiri. Contohnya, saya gunakan nama sendiri sebagai ID (http://twitter.com/ZakiMohamed).
Read the rest of this entry »
Share on Facebook
Tahukah anda bahawa jumlah mereka yang tidak berjaya dalam perniagaan ini lebih besar dari yang berjaya? Ya, mungkin anda tidak perasan akan perkara ini kerana apa yang anda lihat dan dengar adalah mereka yang berjaya sahaja. Mereka yang tidak berjaya melakukannya untuk kali pertama besar kemungkinannya akan meninggalkan industri perniagaan ini.
Mereka yang gagal mula menyalahkan sistem, menuduh bahawa usahawan yang memperkenalkan mereka dengan perniagaan internet sebagai penipu dan hanya mahu mengaut keuntungan dan pelbagai alasan yang hanya menjatuhkan industri perniagaan internet ini. Sebenarnya kesilapan paling besar mereka ialah tidak menggunakan autoresponder berbayar dalam pemasaran melalui internet Read the rest of this entry »
Share on Facebook
1. Kurang visi atau wawasan.
Mereka sendiri tak tau atau kurang jelas, kenapa mereka ceburkan diri di dalam perniagaan internet sedangkan ia amat penting untuk menentukan kejayaan kerana ia akan mempengaruhi sebarang keputusan yang akan dibuat.
2. Kurang pengetahuan.
Pengetahuan adalah sangat penting di dalam menentukan kejayaan. Ramai orang menceburi perniagaan internet kerana terlalu ghairah untuk ‘buat duit’ sedangkan pengetahuan mereka di dalam bidang yang diceburi itu amat tipis. Ini amat berbahaya kerana sekiranya pasaran sedang turun naik atau tak menentu, mereka tak tau macam mana untuk terus bertahan. Jadi, cari lah ilmu banyak-banyak sebelum laburkan duit di dalam sesuatu perniagaan tu. Dapatkan e-book, CD atau apa saja bahan pembelajaran yang sesuai untuk meningkatkan pengetahuan anda.
Read the rest of this entry »
Share on Facebook
Pening kepala tengok hutang kad kredit yang semakin banyak? Walaupun dah bayar tiap-tiap bulan tapi hutang masih tak kurang-kurang? Tak mampu nak bayar kesemua outstanding balance?
Dapatkan dokumentasi lengkap berkenaan cara dan case study untuk mengurangkan beban kepada penghutang kad kredit anda!
Ada 4 teknik yang setakat ini dapat dibuktikan boleh mengurangkan Interest kad kredit anda:
Teknik 1 : Balance Transfer
Teknik 2 : Personal Loan
Teknik 3 : Overdraft ASB Vs Kad Kredit
Teknik 4 : Installment Plan Vs Kad Kredit

Related Blogs
Share on Facebook
Kalau dah berkecimpung di dalam bidang perniagaan atau pemasaran internet, kita mesti akan jumpa dengan istilah-istilah tersebutt. Tapi mungkin ada yang masih keliru dengan maksud dan perbezaan di antara keempat-empat istilah tersebut kan? Di sini saya cuba ceritakan serba ringkas mengenai hak-hak tersebut untuk pengetahuan kita bersama.
- Give Away Rights
- Resell Rights (RR)
- Master Resell Rights (MRR)
- Private Label Rights (PLR)
- Give Away Rights – Lesen jenis ni hanya beri kita kebenaran untuk memberikan sesuatu produk itu sebagai bonus atau insentif je. Maknanya bagi percuma jelah. Kita tak dibenarkan menjualnya dan biasanya, kita tak dibenarkan mengubah produk tersebut. Bagaimanapun kita mungkin boleh menjenamakannya semula, kita boleh letak nama kita dan tukar mana-mana link affiliate dalam produk tu kepada link affiliate kita sendiri.
Read the rest of this entry »
Share on Facebook
Membina senarai email merupakan satu proses penting, yang menyediakan satu senarai orang yang mempunyai kesukaan dan gaya berfikir yang tertentu dan yang kerap kita berhubung dengan mereka.
Jika dilakukan dengan berkesan, proses yang agak susah dan memenatkan ini akan memberikan anda keuntungan yang amat besar. Jadi kita mestilah melakukannya dengan cara yang betul. Membina senarai email ini bukanlah suatu proses yang mudah dan seseorang itu perlu membuat pencarian yang banyak dan lepas tu kenalah mantapkan hubungan dengan orang yang dikehendaki itu.
Dalam keadaan sekarang ni, keperluan kepada senarai email menjadi semakin penting. Mana-mana syarikat atau pihak pemasaran selalunya perlukan satu senarai email untuk mendapatkan pelanggan yang berpotensi di dalam segenap bidang. Teknik pemasaran yang baru ini telah membuka satu cara baru kepada syarikat-syarikat untuk ‘menghampiri’ pelanggan berpotensi mereka dan seterusnya menggunakan barang atau perkhidmatan mereka.
Read the rest of this entry »
Share on Facebook
Memulakan dan mengekalkan sesuatu perniagaan ‘online’ memerlukan keinginan dan motivasi yang tinggi. Ia juga memerlukan penyiasatan dan perancangan.
Kejayaan sesebuah perniagaan kecil atau perniagaan dari rumah adalah bermula dengan langkah-langkah yang penting dan betul. Besar kemungkinan anda akan membuat beberapa kesilapan pada peringkat awal tapi jangan bimbang, dengan pengetahuan yang betul, disiplin dan kerja keras anda akan mengambil manfaat daripadanya.
Untuk tingkatkan peluang kejayaan anda, luangkan sedikit masa dan fikirkan tentang tujuan peribadi dan perniagaan anda. Kemudian gunakan maklumat ini untuk membentuk satu strategi lengkap yang akan menolong anda dalam mencapai matlamat tersebut. Pelan perniagaan adalah satu perkara yang amat penting anda fikirkan kerana ia akan menolong anda melihat matlamat pertengahan atau selanjutnya dalam mencapai kejayaan.
Read the rest of this entry »
Share on Facebook
Ketahui Cara Mudah Untuk Menjadi Pakar Dalam Cpanel.
Masalah Teknikal CPanel Kini Semudah A, B, C.
Ketahui Panduan Lengkap Langkah Demi Langkah Mengenai Cpanel, Domain Dan Juga Web Hosting

Related Blogs
Share on Facebook